Sistem Referral Untuk Bisnes Malaysia

Dapat pelanggan baru tanpa belanja iklan.

Setiap pelanggan yang puas hati boleh bawa 3–5 kawan baru — secara automatik. Tanpa awak kejar, tanpa bakar duit Facebook Ads.

Mula dari RM15/bulan. Pakej tahunan RM100 β€” setup percuma, jimat RM80.

+1 lead baru
🎁 Reward unlock!
πŸ”— Link dikongsi
Demo AjakKawan

Lead share kempen untuk dapatkan reward — anda dapat lebih banyak lead!

Apa Awak Dapat

Pelanggan lebih ramai, kos marketing lebih rendah.

Bayangkan setiap pelanggan yang puas hati terus ajak 3–5 kawan datang. Itulah yang AjakKawan buat untuk bisnes awak — secara automatik.

πŸ“ˆ

Pelanggan datang berganda

Satu pelanggan boleh bawa beberapa pelanggan baru. Bisnes membesar tanpa awak kejar satu-satu.

πŸ’°

Jimat duit iklan

Berhenti bakar duit iklan setiap bulan. Pelanggan sedia ada jadi pemasar awak — percuma.

❀️

Pelanggan jadi lebih setia

Bila pelanggan dapat ganjaran kerana ajak kawan, mereka rasa dihargai dan datang balik lagi.

😌

Pemasaran tanpa stress

Tiada perlu reka iklan, tulis copy, atau urus bajet ads. Sistem buat kerja, awak fokus jual.

Kenapa AjakKawan

Lebih bijak dari cara pemasaran lama.

Iklan berbayar makin mahal dan susah dijejak. AjakKawan guna kuasa rangkaian pelanggan awak — yang lebih dipercayai dan kos hampir sifar.

🀝

Cadangan kawan lebih dipercayai

Orang lebih percaya ajakan kawan daripada iklan. Itu sebab referral menukar lebih ramai jadi pelanggan.

πŸ“Š

Setiap hasil boleh dijejak

Tak macam iklan yang kabur, awak nampak tepat berapa klik, lead, dan referral masuk setiap hari.

♾️

Berkembang sendiri

Kawan ajak kawan, yang ajak kawan lagi. Sekali mula, loop terus berjalan tanpa awak kejar.

🎁

Sesuai semua jenis bisnes

Tebus di kaunter untuk kedai fizikal, atau bagi link untuk produk digital. Awak yang tetapkan.

Sistem Bantu Viral.
Mula Ajak Kawan!

Biar pelanggan sedia ada sebarkan bisnes awak β€” satu link, tersebar dari kawan ke kawan.

Mula Hari Ini
Cara Kerja

Tiga langkah, lepas tu ia jalan sendiri.

Tiada kemahiran teknikal diperlukan. Awak boleh siapkan semua dalam masa beberapa minit.

1

Set ganjaran awak

Tetapkan reward — air percuma, diskaun, ebook, apa sahaja. Tebus di kaunter atau bagi link.

2

Kongsi satu link

Pelanggan daftar, dapat link unik mereka sendiri, dan kongsi pada kawan melalui WhatsApp.

3

Pantau dari dashboard

Setiap kawan yang join = lead baru. Awak lihat klik, lead, dan referral dari satu tempat.

Harga

Pilih pakej yang sesuai.

Tiada kos tersembunyi. Batal bila-bila.

Bulanan
RM15/ bulan
Bayaran pertama RM25 (termasuk setup RM10 sekali sahaja)
  • Kempen referral penuh
  • Reward tiers tanpa had
  • Dashboard statistik
  • Link optin & share automatik

Pakej tahunan jimat RM80 berbanding bayar bulanan setahun.

Soalan Lazim

Perkara yang peniaga selalu tanya.

Saya bukan kedai makan, boleh guna?

Boleh. Kedai makan, salon, butik, kelas tuisyen, jualan online — mana-mana bisnes yang ada pelanggan dan boleh tawarkan ganjaran. Awak yang tentukan rewardnya.

Macam mana pelanggan tebus ganjaran?

Dua cara. Untuk kedai fizikal, pelanggan tunjuk skrin pada staff di kaunter. Untuk produk digital, sistem bagi link terus bila mereka capai tahap referral.

Perlu kemahiran teknikal?

Tidak. Awak isi borang ringkas dalam dashboard, set ganjaran, dan kongsi link. Kami uruskan bahagian teknikal.

Boleh batal langganan?

Ya, bila-bila masa. Tiada kontrak terikat.